klik saya!
"YA ALLAH YA TUHANKU, aku bersumpah dengan nama-Mu yang mulia, aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajari dan menjaga kehormatan quran, qiraat dan matan. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat kami memohon pertolongan."


Permata Yang Hilang



untuk bacaan artikel ilmiah, sila ke hosmu.blogsome.com
Wednesday, September 02, 2009
hosmu menulis -
D'BlnRmdhn - Manfaat saintifik solat tarawih

Manfaat saintifik solat tarawih
Oleh MOHAMAD SOFEE RAZAK

ANTARA keistimewaan dan kelebihan bulan Ramadan yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain ialah solat tarawih. Umat Islam berpeluang mengerjakan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan dan tidak boleh dilakukan pada bulan-bulan lain memandangkan solat ini eksklusif di bulan puasa sahaja.

Lazimnya ada yang mengerjakan solat tarawih sebanyak lapan rakaat sahaja dan yang berkeupayaan mengerjakan dua puluh rakaat serta ditambah dengan tiga rakaat solat witir.

Menarik dan hebatnya, di samping ganjaran pahala serta kebaikan yang berlipat kali ganda, solat sunat tarawih seperti mana solat-solat sunat dan fardu lain sebenarnya memberi kesan positif terhadap tubuh badan manusia secara fizikal, emosi dan mental.

Kajian saintifik yang telah dilakukan mengesahkan hal ini terhadap hasil dan kesan solat ke atas kesihatan seseorang individu. Ini meliputi kesihatan fizikal, emosi dan mental pengamalnya, termasuklah kesan ke atas sistem kardiovaskular, komposisi tubuh badan, isyarat otak dan aktiviti otot.

Kajian seperti mana yang direkodkan dalam buku Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains mendapati pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.

Kajian juga menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.

Solat lima kali sehari semalam misalnya selain merupakan ibadah wajib, dapat mengurangkan kadar lemak dalam badan. Maka di bulan puasa ini, solat tarawih sudah tentu dapat membantu merawat mereka yang mengamalkan sikap 'membalas dendam' dengan berlebihan makan ketika berbuka.

Tambahan pula, tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk menurut kajian dapat melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan menjadi lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

Ibadat solat dalam masa yang sama juga dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan seseorang, membuktikan ibadah solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.

Apatah lagi ketika berpuasa, seseorang perlu menahan lapar dan dahaga di samping mesti bersabar dalam apa jua keadaan, berfikiran kreatif serta sentiasa berada pada tahap produktiviti yang tinggi.

Lebih menakjubkan lagi ialah solat juga merupakan satu terapi yang memberikan kesan yang sangat positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki. Kajian menunjukkan aktiviti solat boleh melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk di kalangan lelaki.

Penemuan serta petua dan amalan ini sudah tentu tidak boleh dilepaskan oleh mereka yang mementingkan kesihatan batin. Oleh yang demikian, penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan menunaikan solat dan tidak boleh meninggalkannya sama sekali.

Sehubungan itu, melihat kepada keutamaan dan keunikan yang terdapat pada ibadah solat, maka di bulan Ramadan yang mulia ini sewajarnyalah menjadi medan penumpuan utama memperkasakan ibadah wajib dan sunat dalam usaha merebut ganjaran kebajikan yang dijanjikan oleh Allah. Biarlah pengisian Ramadan kali menjadi lebih baik daripada Ramadan yang lepas dan jangan sia-siakan segala ruang serta peluang yang ada kali ini.


ditulis pada 05:27 pm oleh hosmu
 




Tuesday, August 11, 2009
hosmu menulis -
HNHS - Ko sedih agi ker?

video ni dh lame saya mengidam nak rekod sendiri kat tv. tp memandangkan peraatan yg mmg takde langsung (tv card, antenna - kasi cerah channel malahan pc pon xdep.. hahaha)

layan je la yer..


Iklan DiGi - Watch today's top amazing videos here


ditulis pada 02:22 pm oleh hosmu
 




Friday, May 22, 2009
hosmu menulis -
Jom! Kenduri.. Bekwah.. Bigwork..

Salam Sejahtera..... Saya (Muhammad Hakimi) ingin menjemput Tan Sri / Puan Sri / Dato' / Datin / Tuan / Puan / Cik dan seisi keluarga hadir ke Majlis Perkahwinan saya pada:


Pihak saya berbesar hati dengan kehadiran anda.
Doakan kami.

Saya menjemput: Ex-MTAQ, Ex-Mesir, Ex-AII, Member2 internet, My prens kat Torrent Jiwang.. Jemput2 la yer..

Kredit to nae jadi tukang scan :)
Kredit to Picnic yg bagi saya edit gambar ni.

ditulis pada 10:49 am oleh hosmu
 




Monday, May 18, 2009
hosmu menulis -
HNHI - Rasa kaku bila di sini

Lamanya tak berasmaradana dengan rumah sini. HaHaHa (gelak cam kapten jack sparrow). Banyak benda yang telah berlaku dan akan berlaku, insya ALLAH. Banyak benda yang dah sy tulis, dah jadi basi. Cam Exora. HeHeHe. Sy ikut peraduan menamakan MPV proton. Saje dah ade orang bagi link, saya cuba je la.

Sekarang ni, sibuk mencari kerja yang berhampiran atau boleh kata, dengan tepat, di dalam kawasan kajang, selangor. ade apply kuis, tapi mungkin xde rezeki kat sana. application direject sebab sampai selepas tarikh tutup. nak buat camne. skrg ni nak cuba apply di um ngan ukm plak. kalau dah namanya rezeki, tak kemana.

Kereta pon cadang nak beli Myvi SE. cuba compare ngan Proton Saga BLM tuh. Saga tu, bagi sy mmg cun la luaran dia. tapi bila cakap pasal dalaman dia, kebanyakan kawan2 yang amik keta proton mengatakan, bergantung atas rezeki masing2. pelik, kenapa kereta nasional sebegitu kualitinya. yang tahu, produk proton kat mesir, cantik je. xde sebarang masalah.

semua urusan sudah selesai. menanti hari sahaja. doakan semua berjalan lancar.

Selamat Pengantin Baru!

ditulis pada 06:10 pm oleh hosmu
 




Friday, February 27, 2009
hosmu menulis -
HNHJ - Bila...

Sampai ke hari ini, kemelut di Palestin belum lagi reda.. (saya boleh katakan dia tak akan reda buat selama-lamanya.. selagi mana israel alaihim laknatullah tidak musnah secara total.. "tidak akan redha kepada kamu (orang muslimin) orang yahudi dan nasrani sehingga kamu mengikut mereka" al-baqarah. berita tentang ini juga tidak akan muncul lagi di muka depan akhbar² utama malaysia. lani kan dah nak masuk bulan mac. dihebatkan dan digahkan dengan mesyuarat agung umno nanti. pas habis mesyuarat, highlight plak isu² tentang 2 bukit dan 1 batang (maybe bukit jadi 3 kot)

tu luar negara. dalam negara plak kemelut politik di negeri perak. kesian kat rakyat yang buat pilihan melalui PRU yang lepas. hilang camtu je pilihan diorang. apa² pun, kepada rakyat perak (ummi tice ade dalam tu.. edyzeid pon ade gak dalam tu.. hihihi..) all the best..

suasana sekolah buat kepala dan fikiran saya jadi stress. dengan si fakri yang tak nak masuk kelas sebab depress saya selalu paksa dia tasmi' satu muka satu hari (walaupun sebenarnya itulah kewajipan mereka!).. dengan tanggungjawab lain.. merasakan bahawa lokaliti saya adalah bukan di sini. tapi kalau bukan di sini, di mana lagi yer? rasa cam nak withdraw je pertandingan animasi antara sekolah tu.. mmg tak mampu nak bimbing budak² sebab saya ni mmg zero pasal animasi. sorry to say. pastu  tentang makmal qiraat.. insya ALLAH going smoothly.

memori indah di selangor. rasa nak gi johor plak. tapi bila eh? ijal, kalau baca blog picisan saya ni.. call me eh.. hihihi..

ditulis pada 09:23 am oleh hosmu
 




Wednesday, February 18, 2009
hosmu menulis -
HNHK - Ntahlah

lamanya tak menjenguk ke dalam blog ni. bukan setakat jenguk, bukak blog sendiri pon tak pernah. banyak benda yang perlu dibuat. huhuh.. sekarang ni sibuk duk update laman web sekolah, pastu kena buat pusat maklumat then yang terbaru kena hantar budak masuk animation competition. huhuhu.. penatnya la jadi cikgu ni. rasa nak resign je. tapi kalau resign nak ke mana je.. MA pon belum apply lagi.. bila la nak pos kitab ni. nyesal la plak pos kitab qiraat lewat. nak submit tajuk pasal qiraat pon xleh.

bab politik, banyak yang berubah terutama di negeri2 pakatan rakyat. yang utamanya di negeri perak - sampai sekarang tak berubah lagi. hari ni, speaker sivakumar (pkr) gantung tugas mb baru ngan semua barisan exco dari tugas masing2 selama 18 dan 12 bulan. lama betul tu. sian... kalau kat kedah plak, adun dan exco letak jawatan. kalau kat selangor, adun dan exco kena skodeng. huhuhu.. sian betul. payah betul bila jadi pembangkang ni.

bab bola. hiddink ganti scolari. kelantan jadi pendahulu liga super lepas kalahkan pahang 5-1 (wow.. hebat gila kelantan). kena la ngan gelaran the red warriors.

layan mtaq plak.

ditulis pada 07:05 pm oleh hosmu
 




Saturday, January 31, 2009
hosmu menulis -
HNHS - Qunut Nazilah

PANDUAN QUNUT NAZILAH
Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku' untuk 'Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I'tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
· Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

DOA QUNUT NAZILAH

Maksudnya 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah."

* Doa ni saya amik dari laman web JAKIM. Masa mula² diperkenalkan dengan qunut nazilah ini ialah bila tingkatan 1. selalu pada pagi jumaat, piye baca qunut panjang². 2 kertas A4 penuh. HiHiHi.


ditulis pada 10:42 am oleh hosmu
 




Wednesday, January 28, 2009
hosmu menulis -
HNHR - This is Malaysian's Product

SEGAK MENAWAN


MPV Proton

Inilah rupa kenderaan pelbagai guna (MPV) keluaran terbaru Proton yang bakal dilancarkan pada April ini. Ia memaparkan reka bentuk menarik dan pasti mendapat sambutan baik daripada rakyat Malaysia kelak.

Model terbaru Proton ini yang gambarnya mula tersebar dalam Internet sejak seminggu lalu boleh memuatkan sekurang-kurangnya tujuh orang penumpang dan menggunakan enjin Campro 1.8 liter serta disasarkan pada harga sekitar RM80,000 sebuah.

Sokonglah barangan Malaysia. HiHiHi.. :-)


ditulis pada 01:39 pm oleh hosmu
 




Saturday, January 24, 2009
hosmu menulis -
HNHS - Alkisahnya saya jumpa satu cerita

Cara Habiskan Sisa Makanan

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan…
dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen…
tapi taklah everytime….
secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu …

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan….
either belen makanan mak atau abah…
tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan…
kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain…
samada kami perasan atau tidak….
so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak …

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri…
arwah tok perempuan kami lah sebelah abah…
mak kata, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak
dan saya sendiri akui kesannya….
makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..
jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok…
jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak…
samalah ceritanya ..dan mak kata jugak,
pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,
dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik
dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka
solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib..
kalau ada lebih dari sorang anak, suruh sorang azan dan sorang Qiam…
kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat…
ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang…
saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,
inilah yang paling paling paling berkesan sekali…
tak caya try buat… solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib….
dapat semua waktu lagi baik …sangat besar ‘ rahsia ‘ dan peranan dapur rupa-rupanya…
dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
“Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari;
tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”.

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.
Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!
So,it ‘ s good if we can remind each other because in Rasulullah ‘ s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly…
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you ‘ ll lose nothing. Wallahu A ‘ lam...
---------------
just nak berkongsi apa yang dibaca... terima kasih kepada artikel asal.

ditulis pada 08:08 am oleh hosmu
 




Friday, January 23, 2009
hosmu menulis -
HNHJ - Pade doh!

time PRU 12 lepas, masa istilah ini diperkenalkan, saya masih lagi berada di mesir. balik sini baru leh tgk dengan live tulisan Pade doh (kemudian ditunjuk no 18 yang dipalang). Dah nak dekat setahun, tak nak turun2 lagi signboard tu. HiHiHi. Saya tengok kat pejabat pemudabn cawangan kota bharu. jalan pengkalan chepa kalau tak silap. kekgi PRU 13 pade doh 22 tahun plak. KiKiKi.

Ekceli pade doh! tajuk saya ni tidak ada sangkut paut ngan cerita kat atas. Pon takde sangkut ngan cerita yang akan datang. HeHeHe.

Minggu ni cukup sebulan saya berpijak di bumi saya. Rindu jugak kat bumi sebelah sana. Bumi sebelah sana tempat permainan dan tempat saya mencari ilmu... manakala bumi di sebelah sini adalah tanah kelahiran saya dan tempat perjuangan saya sebagai seorang anak, seorang rakyat dan seorang Islam. Doakan saya boleh buat ketiga2 itu dengan baik.

Duduk 2 minggu kat umah, masuk keje.
Minggu pertama, berulang.
Minggu kedua, separa berulang.
Minggu ketiga, raya cina. HiHiHi.

Bila lagi saya nak apply pengajian saya ni.. HuHuHu..

Selamat berjaya kepada yang exam monday and final exam on thursday. All the best! Gambatte kudasai...

ditulis pada 09:37 am oleh hosmu
 




Next Page

.:|Disclaimer|:.

Saya dengan ini mengumumkan, penutupan ruangan komen dan juga tag-board kerana keburingan yang amat-amat sangat. Bagi sesiapa yang berminat hendak komen tentang artikel dan blog ini, boleh lah emailkan kepada saya.



YAHOO.MAIL

Login Form

[Uncheck jika berada di komputer perkongsian]

Lupa ID atau kata laluan? | Bantuan





.:|Who Are U|:.

IP Number:

You from:

The country is:


.:|Who Am I|:.

MyName:
tamuramaro akimoto






Send me a message
Hard Disk Saya
entry dia
Dokumentasi saya
http://www.al-habib.info

<< October 2020 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



*menyintaimu.. perkara terindah dalam hidup
menyintaimu.. ibarat air sungai yang tiada henti
*menyintaimu.. ibarat mentari yang tidak berhenti bersinar
*menyintaimu.. ibarat ombak yang setia memukul pantai
*menyintaimu.. abadi sepanjang hayat
adakah kau masih ingat segala janji?



Bookmark Saya



KLIK SAYA

Masuk link di atas, Pilih Register. Reg kan nama anda dan kemudian pilih Surf Ads. Di dalam page Surf Ads, ada banyak kategori. Klik setiap link di dalam setiap kategori dan tunggu dalam tempoh 30 saat (anda akan lihat count timer di bahagian atas) sehinggalah count timer itu bertukar kepada Done dan keluar tick hijau di sebelahnya. Kemudian kliklah link ads yang lain.

Tujuan saya ialah untuk subscribe Premium Account di RS or MU.


Exam Fasa II
Tahun 4
2007/2008

18.05 (Ahad) - al-Quran (bertulis)
20.05 (Selasa) - Ulum al-Quran
22.05 (Khamis) - Lahjat & Aswat
25.05 (Ahad) - Daf'ul Mata'in
27.05 (Selasa) - Tauhid
29.05 (Khamis) - Dilalat
01.06 (Ahad) - English
03.06 (Selasa) - Waqf & Ibtida' & Fawasil
05.06 (Khamis) - Qiraat Syazah
08.06 (Ahad) - Qiraat Nazari

al-Quran Syafawi: tiada jadual lg
Ta'yin Tauhid (rasanya): tiada jadual lg..


Things-To-Do

Siapkan urusan kuliah
Gunting rambut
Hantar barang² orang
Bayar hutang; zayd, yuzek & dzul

Kotak kitab

Things-To-Buy

Stokin Sandy - Peach&Black
Kalendar 2009 - hope dh kua
Jubah lelaki&Perempuan
Quran Baldu
Barangan Asfour not Tiffany@Zhulian:)
Pe lagi eh?


Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:
rss feed






blog ini diseliakan oleh hosmu inc - ibu pejabat: gharbiyyah, mesir