klik saya!
"YA ALLAH YA TUHANKU, aku bersumpah dengan nama-Mu yang mulia, aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajari dan menjaga kehormatan quran, qiraat dan matan. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat kami memohon pertolongan."


Permata Yang Hilang



untuk bacaan artikel ilmiah, sila ke hosmu.blogsome.com
Sunday, August 31, 2008
hosmu menulis -
HNHA - Aku Tetap Nak Menulis Sesuatu

Tak tau apa nak tulis. Sebab tengah blur. Hard disk WD 160gb rosak physically. Bunyi ketak2. Dah usha web lebih2 lagi putera.com. Jumpa dua alamat. Satu kat KL (LowYatt) dan satu lagi kat SP, Kedah. yg kat sungai petani, masih lagi belum dapat alamat. Ada satu lagi yang dicadangkan oleh xfxtech (jiwang torrent) kat ipoh. Ok gak tu, leh la ziarah ummi tice kat sana. Kalau kat KL, tak jadi masalah sebab insya ALLAH jadi tempat duduk.. yang kat Sungai Petani ni yang jadi masalahnya. Chat ngan Mad Syah pon, dia duk Penang dah. Kalau umah family dia, di Alor Star. Takpe.. abaikan benda ni dulu.. Tasfiah.. 11 days to go!

Saya nak kongsikan sesuatu.. Saya tak tau menarik ke tak.. Saya tak baca pon.. Yang pasti, saya suka copy dan paste tulisan orang lain untuk mensedapkan saya baca blog saya.. hahhaa...

Mencintai = Melindungi
http://hanristudio.blogspot.com/2008/08/to-love-is-to-protect.html

Entri ringkas ini didedikasikan khas untuk keluarga saya di tanah air, mereka yang dekat di hati saya, rakan-rakan, dan semua yang mengenali diri ini.

Saya tidak ingin berbicara akan definisi cinta. Anda semua boleh mentafsirkan dan mentakwilkannya mengikut kata hati masing-masing. Jika anda masih tidak tahu apakah ia, rujuklah kitabullah dan tafsirannya. Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan di dalam tulisannya, Al-Islam wal-Hubb (Islam and Love) sudah menerangkan dengan seberapa perinci tentang peri perkara ini. Menurut Syeikh Atiyyah Saqr, cinta itu suci. Cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat atau aksi yang kotor, dan ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak, serta diiringi dengan cinta yang diredhai-Nya.

Tapi adakah kita tahu apa yang tersirat di sebalik citra ini?

Berfirman Allah di dalam kitab agung-Nya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahriim: 6)

Di sebalik cinta itu terpalit suatu tanggungjawab yang amat besar. Cinta bukan sekadar suatu perasaan, bahkan, lebih besar, ia merupakan suatu bebanan yang hanya segelintir orang menyedarinya. Mereka yang tahu akan hakikat ini, cinta mereka adalah sangat kukuh dan ampuh. Mereka tidak memikul bebanan ini kerana keterpaksaan, bahkan merasakan ia adalah amanah daripada Yang Maha Tinggi.

Berbeza dengan mereka yang mencintai kerana nafsu, orang-orang yang menyedari bahawa 'mencintai adalah melindungi', punyai keberanian yang tinggi, semangat juang yang tidak mudah patah, azam yang kuat dan tidak terkalahkan, serta sanggup melakukan apa sahaja untuk apa yang mereka dambakan.

Ambil contoh paling mudah. Rasullah SAW mencintai umat baginda. Andailah tiada perasaan cinta di hati baginda, adakah anda mampu membayangkan bagaimana keadaan umat Islam hari ini? Kerana cinta kepada Islam dan cinta baginda kepada ummat, baginda sanggup berjuang redahi lautan keperitan dan kepayahan untuk mempertahankan Islam. Sedang di waktu tibanya baginda kembali ke sisi-Nya, baginda masih lagi terfikirkan akan umatnya, dan tika merasakan sakitnya akan nyawa ditarik dari badan, baginda berkata: timpakan saja semua seksa ini kepadaku, jangan kepada umatku.

Contoh agung yang kekal sepanjang zaman. Adakah mungkin di zaman ini terdapat jiwa-jiwa yang mempunyai cinta seampuh nilai cinta Nabi kepada umatnya? Benarlah sabdanya yang mengatakan umat Islam sekarang hanya bagai buih di lautan.

Percayalah. Mencintai adalah melindungi. Mencintai Allah dan rasul-Nya bermakna melindungi Islam juga Quran serta sunnah tinggalan baginda. Mencintai keluarga pula bermaksud melindungi mereka daripada dilontarkan ke Neraka.

Bagaimana kita? Adakah kita sudah bersedia untuk cinta?
----------------------------
Saya takle nak tulis panjang2.. Hujung ibu jari kiri saya luka.. Pisau memotong sedikit kulit dan kuku masa nak masak tadi. Hilang kosentrasi nak wat bende2 selain tambah frust dengan hard disk tu.

Malam tadi, pegi ke helwagi.. ustaz ahmad cakap "No Way". mastermax baru bagi cadangan suh try pegi ke roxy, mana tau ada rezeki. Then tadi try nak upgrade 512 ke 1mb, malangnya banyak la pulak birokrasinya. Suh datang minggu depan. Alasan dia hari ahad hingga rabu ada masalah kat ibu pejabat di kaherah. Sukahati ko la mamat.. Baik upgrade masa nak bayar 17hb tuh.

SELAMAT HARI MERDEKA DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

ditulis pada 03:36 am oleh hosmu
 




Previous Entry Home Next Entry

.:|Disclaimer|:.

Saya dengan ini mengumumkan, penutupan ruangan komen dan juga tag-board kerana keburingan yang amat-amat sangat. Bagi sesiapa yang berminat hendak komen tentang artikel dan blog ini, boleh lah emailkan kepada saya.



YAHOO.MAIL

Login Form

[Uncheck jika berada di komputer perkongsian]

Lupa ID atau kata laluan? | Bantuan





.:|Who Are U|:.

IP Number:

You from:

The country is:


.:|Who Am I|:.

MyName:
tamuramaro akimoto






Send me a message
Hard Disk Saya
entry dia
Dokumentasi saya
http://www.al-habib.info

<< August 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31



*menyintaimu.. perkara terindah dalam hidup
menyintaimu.. ibarat air sungai yang tiada henti
*menyintaimu.. ibarat mentari yang tidak berhenti bersinar
*menyintaimu.. ibarat ombak yang setia memukul pantai
*menyintaimu.. abadi sepanjang hayat
adakah kau masih ingat segala janji?



Bookmark Saya



KLIK SAYA

Masuk link di atas, Pilih Register. Reg kan nama anda dan kemudian pilih Surf Ads. Di dalam page Surf Ads, ada banyak kategori. Klik setiap link di dalam setiap kategori dan tunggu dalam tempoh 30 saat (anda akan lihat count timer di bahagian atas) sehinggalah count timer itu bertukar kepada Done dan keluar tick hijau di sebelahnya. Kemudian kliklah link ads yang lain.

Tujuan saya ialah untuk subscribe Premium Account di RS or MU.


Exam Fasa II
Tahun 4
2007/2008

18.05 (Ahad) - al-Quran (bertulis)
20.05 (Selasa) - Ulum al-Quran
22.05 (Khamis) - Lahjat & Aswat
25.05 (Ahad) - Daf'ul Mata'in
27.05 (Selasa) - Tauhid
29.05 (Khamis) - Dilalat
01.06 (Ahad) - English
03.06 (Selasa) - Waqf & Ibtida' & Fawasil
05.06 (Khamis) - Qiraat Syazah
08.06 (Ahad) - Qiraat Nazari

al-Quran Syafawi: tiada jadual lg
Ta'yin Tauhid (rasanya): tiada jadual lg..


Things-To-Do

Siapkan urusan kuliah
Gunting rambut
Hantar barang² orang
Bayar hutang; zayd, yuzek & dzul

Kotak kitab

Things-To-Buy

Stokin Sandy - Peach&Black
Kalendar 2009 - hope dh kua
Jubah lelaki&Perempuan
Quran Baldu
Barangan Asfour not Tiffany@Zhulian:)
Pe lagi eh?


Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:
rss feed






blog ini diseliakan oleh hosmu inc - ibu pejabat: gharbiyyah, mesir